Wednesday, August 13, 2008

cerita hehehehe

Kambing dan ayam

Kambing dan ayam adalah kawan baik. Mereka berkawan sejak mereka baru dilahirkan lagi. Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.
Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam: Kambing, pekabo?

Kambing: Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.

Ayam: Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing: Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam,kan?

Ayam: Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.

Kambing: Apa?

Ayam: Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi telur nampak...

---------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------
---------------------


Monyet dan Kura-kura


Satu pertandingan menjawab teka-teki telah diadakan antara sang monyet dan kura-kura. Al-kisahnya, mereka sebenarnya nak beradu kekuatan, tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman kanak-kanak dulu yang mana arnab berlumba lari dengan kura-kura...

Mengikut mereka, zaman IT ni lebih baik meraka menggunakan kepintaran akal dalam menjawab teka-teki. Teka-teki dimulakan dengan monyet (yang agak
angkuh) bertanya soalan kepada kura-kura...

Monyet : Apakah yang sama macam lembu, muka macam lembu, ekor macam lembu, tanduk macam lembu... tetapi bukan lembu...

Kura-kura : Nanti aku fikir sekejap..

Monyet : Jangan lama-lama sangat. Ini tak main talian hayat tau! (Monyet merasakan bahawa kura-kura pasti tidak boleh menjawab soalannya.)

Kura-kura : Aku rasa jawapannya ialah.... GAMBAR LEMBU... Betul tak nyet??

Monyet : Betul!!

Kura-kura : Soalan tu, budak pra sekolah pun boleh jawab.

Monyet : Ye lah tu.... Soalan kau pulak macamana?? Aku tak sabar nak jawab ni..

Kura-kura : Buah apa yang sering menimbulkan pertanyaan??

Monyet : Ada berapa talian hayat?

Kura-kura : Aku bagi kau teka sampai 3 kali.

Monyet : Durian..

Kura-kura : Salah..

Monyet : Rambutan

Kura-kura : Salah jugak

Monyet : Buah tangan

Kura-kura : Pun salah

Monyet : Kalau semua salah.... apa jawapannya?

Kura-kura : Buah epal

Monyet : Kenapa buah epal??

Kura-kura : Tu.. kau dah buat pertanyaan..... Ini bermakna buah epallah jawapannya. Ini bermakna aku menang!!!

Kura-kura meninggalkan monyet yang masih termanggu-manggu memikirkan jawapan yang diberi oleh kura-kura tadi sambil berkata "Dah la tue monyet ko dah kalah dari ko susah-susah nak pikir jawapannye tu lebih baik ko pergi buat kerja, layan blog nie sehari semalam pon tak boleh abis... dah nyet gi buat kerja yer nyet !!"

---------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------

Kencing

Satu hari Chot terbangun mlm. Dia nak terkencing. Dia pun masuk bilik air.
Chot sungguh terkezut bila lampu tu terbuka sendiri. Lepas kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu toilet... Sekali lagi dia terkejut bila lampu toilet tu tertutup sendiri... Cepat-cepat dia kejut kan bini dia yang tengah lena tidur. Dia pun menceritakan hal yg terjadi kat toilet tadi..lampu tu terbukak dan padam sendiri. Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata.. "Dah... dia buat dah perangai lama... Awat hang kencin dlm peti ais...???

---------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------


Belum Sampai Ajal


Seorang lelaki sedang meninjau pedalaman Amazon tiba² saja dikepung sekelompok primitif yang kehausan darah.

"Oo... Tuhan matilah aku..." jeritnya.

Tiba-tiba dari langit muncul kilauan cahaya.. dan terdengar suara bergema :

"Tidak anakku... ajalmu masih belum tiba. Ambillah batu dekat kakimu itu dan pukul kepala pemimpin mereka yang berdiri didepanmu itu".

Si pengembara itupun mengambil batu dan menyerang pemimpin primitif itu, dan memukul batu itu ke kepala pemimpin sekuat tenaganya... lalu pemimpin itu mati.. Dia berdiri diatas mayat pemimpin...

Ketika itu 100 orang primitif yang mengepungnya sangat marah kerana melihat pemimpinnya terbunuh.

Kilauan dari langit itu muncul sekali lagi dengan suara bergema :
"Nah... sekarang... baru ajalmu tiba anakku..."

No comments: