Hidangan untuk 5 arang
Bahan A
1 kg (6½ cawan) sagu rumbia
Air panas yang baru dimasak
1 liter (4 cawan) air
Bahan B
600 g ikan putih/tongkol/tenggiri/kurau/senangin
40 g (5 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih
10 g (2 sm) kunyit hidup ditumbuk kasar
10 g (2 sm) halia
3 g (5 biji) cili padi
30 g (2 batang) serai, diketuk
5 g (5 keping) asam keping
9 g (1½ sudu teh) garam
625 ml (2½ cawan) air
Bahan C
500 g (60 pokok) pucuk paku, dibersihkan dan dipetik
3 g (1/2 sudu teh) garam
10 g (1 sudu makan) minyak sayuran
20 g (3 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih ditumbuk
10 g (1 sudu makan) belacan
125 ml (1/2 cawan) air
1 biji cili merah (dihiris) untuk hiasan
Cara memasak
Bahan A
Cara membuat ambuyat:
-
Sagu dicampur dengan 4 cawan air dan mendapkan selama 10 minit.
-
Tuang air dan masukkan sagu ke dalam bekas yang tahan air panas.
-
Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih. Kacau hingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan likat (seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak).
Bahan B
-
Ikan dibersih dan dipotong 5 keping.
-
Masak di dalam periuk bersama-sama dengan bahan-bahan lain. Rebus sehingga masak.
Bahan C
-
Panaskan minyak di kuali dan tumis semua bahan yang ditumis sehingga naik bau.
-
Masukkan sayur pucuk paku dan garam. Tambah 1/2 cawan air. Masak hingga empuk. Hiaskan dengan cili merah.
Nota:
-
Ambuyat dimakan menggunakan candas (atau kayu penyepit) dan dicelup dengan kuah ikan dan terus dimakan bersama-sama dengan sayur pucuk paku.
-
Sagu adalah makan ruji untuk kaum Bisaya. Resipi ini adalah makanan seimbang, kaya dengan karbohidrat kompleks dan serat serta rendah lemak dan garam.
-
Bagi Semenanjung Malaysia yang susah untuk mendapatkan sagu rumbia, boleh diganti dengan biji sagu atau sagu ubi yang mana perlu dimasak diatas api sehingga sagu kelihatan jernih.
-
Makanan ini baik dimakan sewaktu masih panas.
Berat satu hidangan: 600 g
cara-cara korang nak makan senang jew korang pakai stick yang kecil 2 batang...lepas tu korang pusing2 kan ia dekat ambuyat lepas itu korang celuplah dekat bahan2 nye...
6 comments:
setahu saya, ambuyat adalah makanan tradisi kaum bisaya sahaja cik adik oii...
org brunei pun mkn juga laaa... coz sy campuran brunei bisaya.... mkn cicah ngan jeruk bambangan...
Ambuyat bukan saja makanan tradisi urg Brunei sama Bisaya, urg Kedayan, Melanau pun makan ambuyat ani. hehehe Tapi, mun d Brunei, ambuyat sudah mnjadi makanan kebangsaan. :D
sy org kedayan, dan kami pun makan ambuyat :)
kalu di semenanjung sagu yang buat kuih tu ker leh pkai untuk ambuyat ni ?
.sy suka mkn ambuyat ngan buah bambangan.sedap.
Post a Comment