Thursday, March 29, 2012

Terima Kasih Ya Allah, syukran


As'salam dan salam sejahtera...dah lama iki tak update blog...minta maaf kepada yang sering ikut blog iki...untuk pengetahuan korang semua...iki dah tak akan update lagu2 lagi seperti dulu :) ok back to our topic. Apa sebenarnya maksud iki " Terima Kasih Ya Allah,syukran"...sebenarnya tahun 2012 ni iki dah buka buku baru.. iki tak suka sangat nak cerita pasal iki di dalam blog tapi iki nak minta maaf untuk post iki yang sebelum ni ada menyatakan mengenai "tudung"...


Syukur kepadaNya kerana dengan iziNya iki dah menuju kembali ke jalan yang benar dan tinggalkan zaman enjoy iki semua dulu..dulu iki banyak juga menentang bila kawan laki tegur suruh tutup aurat...n iki balas n marah dia ..sekarang baru sedar malu sangat.

Kita selalu cakap kita sayangkan ayah/abang/adik lelaki/anak lelaki kita kan? tapi tak tutup aurat..ok apa kena mengena aurat dengan ayah/abang/adik lelaki/anak lelaki kan? iki ada ambil sumber dekat blog so korang bolehlah baca sorry sekarang baru tahu zaman sekolah dulu banyak buat bodoh je bila ada kelas agama

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.


Sorry iki tak reti nak olahkan lebih detail macam mana iki boleh berubah sebab dia datang sendiri hari Jumaat semasa solat Jumaat....apa yang iki nak cakap..tutup aurat ni tak boleh tunggu hidayah datang, tunggu masa yang sesuai, tunggu nak betulkan diri. Kita yang kena cariNya untuk kebaikan..bersyukur sangat iki adalah hamba yang Allah tak butakan,pekak dan keras hati untuk bertaubat...sedih bila taip entry ni .... sebab syukur sangat2 dah sedar yang iki dulu terpesong dari zaman sekolah menengah lagi hingga 19tahun suka keluar pakai pakaian tak cukup kain..sebab dulu iki gila short pants n skirt i very obses with Fashion until i tak kesah nak pakai apa pun...sebab nak up to date pnye style


Lastly, iki doa iki akan terus kekal dan akan tingkatkan lagi solat, cara pakaian dan cara percakapan to be honest Perangai Ganas dan lasak tak boleh nak hilang iki pon tak taw nak hilangkan macam mana..hurmm but i try...

Iki rasa entry iki cukup yang ini sahaja sebab iki tak ada idea sangat dah n entah bila lagi nak update blog ni...sebab dah kurang untuk berblogger dan sebagainya :)

As'salam

No comments: